850 pengunjung terkandas di puncak

Sunday, February 18, 2018

850 pengunjung terkandas di puncak


Menurut Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Penguasa Bomba Mohamad Mustakim Mukhtar, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.53 petang tadi dan tiba di lokasi pada pukul 7.06 petang.

“Maklumat awal terdapat 50 pengunjung di dalam kereta kabel dan lebih kurang 800 terperangkap di stesen pertama puncak bukit.

“Pihak bomba kini membantu syarikat kereta kabel untuk membawa peralatan ke stesen berkenaan bagi membaikpulih sistemnya dengan cara mendaki yang dijangka mengambil masa dua hingga tiga jam,” katanya di sini.

Kereta Kabel Langkawi merupakan salah satu tarikan pelancong di pulau tersebut bagi menyaksikan panorama indahnya di atas 706 meter paras laut. - UTUSAN ONLINE



sumber: utusan

0 comments:

Post a Comment