Tak wajar Selangor dinafikan hak guna Stadium Shah Alam - KJ

Friday, February 2, 2018

Tak wajar Selangor dinafikan hak guna Stadium Shah Alam - KJ

Tak wajar Selangor dinafikan hak guna Stadium Shah Alam - KJ

TINDAKAN kerajaan negeri Selangor tidak membenarkan Stadium Shah Alam digunakan sebagai 'home ground’ (gelanggang sendiri) untuk pasukan Selangor bagi saingan Liga Super musim ini adalah tidak wajar.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, penafian hak beraksi pasukan 'The Red Giants’ di stadium keramat itu tidak kena kerana gelanggang itu merupakan 'home ground’ pasukan Selangor untuk sekian lama.

“Saya tidak pasti apa sebab kerajaan Selangor tidak bagi, sama ada sebab politik atau bukan tetapi pada saya, tindakan itu tidak kena,” katanya kepada pemberita  selepas melancarkan Briged Gerak Gempur 2314 Pemuda BN Perlis di sini, hari ini.

Justeru, beliau berharap kerajaan negeri dan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) dapat mencari penyelesaian segera berhubung isu penggunaan Stadium Shah Alam.

Susulan konflik tersebut, pasukan Selangor kini terpaksa menumpang Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur selepas kerajaan negeri tidak membenarkan mereka menggunakan Stadium Shah Alam buat dua musim berturut-turut.

Bagaimanapun, difahamkan kini sudah ada perbincangan antara kerajaan negeri dan FAS dalam menjernihkan semula hubungan tegang antara kedua-dua pihak.

Selangor akan membuka kempen Liga Super dengan menentang Kuala Lumpur di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Ahad ini. â€" Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment