Tak jadi memancing

Friday, February 2, 2018

Tak jadi memancing

Tak jadi memancing

LANGKAWI: Hasrat sekumpulan lima remaja masuk ke hutan Bukit Malut di sini, untuk memancing tersasar apabila mereka dilaporkan hilang lebih lima jam sebelum ditemui selamat dan keletihan, awal pagi ini.

Semua remaja berusia 18 tahun itu dilaporkan memasuki kawasan hutan terbabit kira-kira jam 3.30 petang semalam sebelum kehilangan mereka dilaporkan kepada pihak berkuasa pada jam 10.52 malam.

Empat daripada mangsa dikenal pasti sebagai Wan Nor Hisham Wan Satar, Mohd Shakir Ahmad Yani, Mohd Arif Ridzuan Mohd Nor dan Mohd Anas Husaini Mohd Fazilah, manakala identiti remaja kelima belum diperoleh.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah, Mohamad Mustakim Mukhtar, berkata semua mangsa ditemui selamat dan keletihan pada jam 4 pagi di gigi air berhampiran Empangan Bukit Malut (EBM) di sini.

Katanya, panggilan kecemasan berhubung kejadian diterima pada jam 10.52 malam.

"Dua jentera bersama enam anggota dari Balai Bomba Persiaran Putra dihantar ke lokasi sebaik menerima maklumat.

"Setiba di lokasi, bomba melancarkan operasi mencari menyelamat (SAR) bersama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan kira-kira 40 penduduk kampung," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mohamad Mustakim berkata, mangsa yang keletihan dibawa ke jeti EBM dan SAR ditamatkan susulan penemuan mereka.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment