SJKT Bandar Sri Sendayan sekolah Tamil terbaik negara

Monday, February 26, 2018

SJKT Bandar Sri Sendayan sekolah Tamil terbaik negara


Berucap ketika merasmikan dan mengumumkan pertukaran nama sekolah itu yang sebelum ini dikenali sebagai SJKT Ladang Bukit Bertam, perdana menteri berkata sekolah yang dibina dengan kos RM17 juta termasuk nilai tanah, merupakan projek yang dilaksanakan sepenuhnya pemaju hartanah Matrix Concept.

"Terima kasih Menteri Besar (Datuk Seri Mohamad Hasan) atas usaha dia meminta pihak pemaju (bina sekolah) sebab saya punya congak nilai projek ini semua sekali berapa agak-agaknya? Saya kira bukan RM9 juta sahaja (kos pembinaan bangunan) dan mengira sekali kos nilai tanah kalau mengikut pasaran semasa berjumlah RM8 juta. Jadi nilai sebenar RM17 juta diberikan pemaju Matrix Concept secara percuma.

Menteri Besar tahu hasrat masyarakat kaum India* mereka nak dua perkara iaitu sekolah dan kuil dan yang lain-lain itu bonus," katanya di sini hari ini.

Selain Mohamad, turut hadir Menteri Kesihatan yang juga Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin, dua Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P. Kamalanathan dan Datuk Chong Sin Woon serta barisan Exco kerajaan negeri. - BERNAMA



sumber: utusan

0 comments:

Post a Comment