Dua sepupu perempuan licik curi motosikal

Monday, February 26, 2018

Dua sepupu perempuan licik curi motosikal

Dua sepupu perempuan licik curi motosikal

PARIT: Dua remaja perempuan yang juga sepupu berusia 14 dan 16 tahun ditahan polis kerana disyaki terbabit dalam jenayah curi motosikal di Kampung Tanjong Dedalu di sini, Rabu lalu.

Dalam kejadian jam 6.45 pagi itu, dua remaja terbabit mencuri Modenas Kriss milik seorang suri rumah yang diletakkan di bawah rumah mangsa.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Zainal Abdullah, berkata remaja berusia 14 tahun itu masih bersekolah.

"Remaja berusia 16 tahun pula sudah bekerja di sebuah kedai makan dan mereka mencuri motosikal itu untuk kegunaan berulang-alik ke tempat kerjanya.

"Mereka menggunakan anak kunci motosikal lain untuk membuka kunci 'handle' dan apabila kunci berjaya dibuka, mereka menolak motosikal itu keluar sebelum melarikannya," katanya dalam kenyataannya di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Mohamad Zainal berkata, jenayah itu dapat dikesan dan kedua-dua suspek ditahan di rumah masing-masing pada jam 6.25 petang, sehari selepas kejadian dilaporkan.

"Motosikal bernilai RM1,000 itu turut dirampas dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan," katanya.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment