PPM Tawau gagalkan cubaan seludup 14 warga asing

Monday, February 26, 2018

PPM Tawau gagalkan cubaan seludup 14 warga asing

PPM Tawau gagalkan cubaan seludup 14 warga asing

TAWAU - Pasukan Polis Marin (PPM) menggagalkan cubaan seorang juragan lelaki menyeludup 14 individu warga Filipina dan barangan kawalan menggunakan bot jongkong ke Filipina di kawasan laut Batu 4 dekat sini, malam semalam.

Pegawai Pemerintah PPM Tawau, DSP Mohd Nazri Ibrahim berkata suspek yang juga warga asing berumur 26 tahun itu ditahan sepasukan enam anggota unit risikan yang dalam tugas rondaan Op Gelora Khas (OP Terancang), kira-kira pukul 10 malam.

"Pemeriksaan awal, mendapati bot  jongkong itu membawa 14 penumpang termasuk lima wanita yang kesemuanya berumur antara 18 hingga 70 tahun.

"Turut ditemui di atas bot itu lima tong gas Petronas, lima tong gas Mygaz 20 serta 28 gelen berisi minyak petrol,รข€ katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mohd Nazri berkata kesemua mereka termasuk juragan ditahan manakala perahu serta barangan kawalan dirampas dan dibawa ke pangkalan PPM Tawau.

Katanya PPM kini mempergiatkan usaha memantau kawasan perairan Tawau bagi membanteras semua elemen jenayah. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment