Elak kartel kawal penjualan gandum

Monday, February 26, 2018

Elak kartel kawal penjualan gandum

Elak kartel kawal penjualan gandum

KUALA LUMPUR: Pengimportan gandum menerusi Singapura, sebelum sampai ke negara ini menimbulkan kebimbangan komoditi itu dalam 'cengkaman' kartel dan dijual pada harga lebih tinggi.

Persoalan ditimbulkan melalui kajian Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI MLC) itu turut mendapati kira-kira 60 peratus gandum diimport dari Australia ketika ini perlu melalui republik berkenaan.

Presidennya, Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, berkata 80 peratus bekalan gandum di Malaysia dikuasai beberapa syarikat terhad yang status milikannya sehingga kini masih menjadi persoalan.

"Adakah syarikat ini semuanya syarikat asing atau dimiliki syarikat asing (berdaftar menggunakan syarikat tempatan tetapi dikuasai orang asing).

"Sekiranya pengimportan komoditi yang semakin penting ini terletak pada tangan syarikat asing, wajarkah ia berterusan dan masih menerima subsidi kerajaan.

"Gerakan monopoli didalangi beberapa syarikat dikhuatiri akhirnya mewujudkan senario kartel (dalam pengimportan gandum) sehingga 'membunuh' persaingan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Berdasarkan penyelidikan, Mohamed Shafie berkata, rantaian pemprosesan gandum kepada tepung turut dikuasai syarikat sama atau berkaitan.

Sehubungan itu, katanya, keraguan timbul mengenai harga tepung di pasaran yang masih kekal pada kadar sama, sedangkan harga gandum dunia beberapa tahun kebelakangan ini mencatatkan penurunan.

"Harga gandum dunia turun, namun tidak dicerminkan pada harga tepung di Malaysia yang masih mendapat subsidi kerajaan.

"Rentetan kebimbangan mengenai situasi ini, kerajaan wajar mempertimbangkan proses kawalan ketat dalam pengimportan, bekalan dan penentuan harga gandum.

"Langkah ini turut terpakai kepada bijirin lain yang mana permintaan dan penggunaannya semakin meningkat di negara ini," katanya.

Pengimportan gandum pada 2017 berada pada kadar 1.7 juta tan, berbanding beras 1.6 tan yang diketahui umum menjadi makanan ruji rakyat di Malaysia.

Penyelidikan berterusan oleh UNI MLC mendapati perangkaan penggunaan beras itu hanya untuk bekalan domestik dan tidak termasuk bekalan diimport yang berkadar 1.15 juta tan, sekali gus menjadikan penggunaan beras secara keseluruhan adalah 2.75 tan.

Penelitian lanjut turut mendedahkan penggunaan gandum semakin meningkat berbanding beras apabila penggunaan komoditi itu melonjak sebanyak 60 peratus dalam tempoh 2008 hingga 2017.

Bagaimanapun, penggunaan beras dalam tempoh sama hanya mencatatkan peningkatan 10 peratus dalam tempoh sama.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment