Perlawanan dijangka sengit: Kapten Kedah
PERTUKARAN ketua jurulatih tidak memberi masalah besar buat pasukan Kedah dalam memastikan kejuaraan Piala Sumbangsih musim ini dapat dikekalkan ketika menentang JDT, malam esok.
Kapten Kedah, Baddrol Bakhtiar berkata, walaupun begitu pasukan perlu mengadaptasi dengan cepat perubahan taktikal daripada jurulatih kini memandangkan percaturan dan taktikal yang diterapkan berbeza.
âPerlawanan ini akan menjadi satu aksi yang sengit, kami akan bermain sebaik mungkin dan mematuhi segala arahan jurulatih. Bagi saya sendiri memang begitu mengharapkan keputusan yang positif dan kemenangan ini penting untuk memberi dorongan kepada pasukan.
âKalau tahun lepas kami main dengan jurulatih tempatan tahun ini lain sedikit, tetapi itu tidak menjejaskan apa-apa. Cuma perbezaan taktikal seperti permainan laju,â katanya pada sidang media Piala Sumbangsih di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin, di sini, petang tadi.
Mengulas mengenai tekanan dihadapi pasukan untuk mengekalkan kejayaan tersebut seperti musim lalu, Baddrol berkata, pasukan tidak mempunyai masalah dan tidak mahu terlalu yakin.
"Kami tidak terlalu tertekan kerana datang sebagai pasukan underdog, tapi perasaan gementar semestinya ada, bukan untuk satu atau dua perlawanan sahaja, semua aksi pemain akan rasa perkara yang sama. Kami sudah bermain di sini tahun lepas, sebelum mula itu mesti ada gementar tetapi bila dah main hilang,â katanya.
Pemenang pemain paling bernilai pada Anugerah Bola Sepak Kebangsaan tahun lalu itu turut memberi fokus untuk memastikan pasukan mendapat penguasaan terlebih dahulu dalam perlawanan esok.
âPada saya, untuk menentukan kemenangan, siapa yang skor dulu dan siapa akan bertahan adalah paling utama. Jadi kami akan buat sehabis baik dalam perlawanan ini,â katanya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment