Pengunjung cedera terkena bunga api

Thursday, February 1, 2018

Pengunjung cedera terkena bunga api

Pengunjung cedera terkena bunga api

SUNGAI PETANI - Beberapa pengunjung yang meraikan perayaan Thaipusam di Kuil Sri Subramaniya Swami Devasthanam di sini cedera apabila dikatakan terkena percikan bunga api yang dipasang di sekitar lokasi kejadian kira-kira jam 8.30 malam tadi.

Difahamkan, seorang anggota keselamatan yang sedang bertugas turut dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani untuk menerima rawatan.

Berdasarkan maklumat yang diperolehi, kecederaan turut melibatkan kanak-kanak.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Saifi Abd Hamid berkata, pihaknya masih melakukan siasatan berhubung kejadian dan maklum balas mengenai  perkara itu akan dimaklumkan kemudian.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment