Nasib Maznah dapat pembelaan

Sunday, February 18, 2018

Nasib Maznah dapat pembelaan

Nasib Maznah dapat pembelaan

KUALA KRAI - Seorang ibu tunggal,dari Flat Sri Guchil, tidak menyangka menerima kunjungan pelbagai pihak selepas kisahnya disiarkan di Sinar Harian,awal bulan ini.

Maznah Yusoff, 33, yang patah bahu serta terlantar  selepas  kemalangan  ketika dalam perjalanan pulang menghantar tiga anaknya ke sekolah  kini semakin stabil namun masih tidak dapat melakukan rutin harian.

Katanya, Pegawai Majlis Agama Islam dan adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) datang sehari selepas kisahnya disiarkan dan kemudiannya diikuti dengan guru anak-anaknya, NGO, Puspanita Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Krai, Majlis Guru Besar (MGB) Kuala Krai,Majlis  Pengetua Sekolah Malaysia (MPSM) serta rakan-rakan.

"Saya tak sangka mereka begitu prihatin dengan kejadian menimpa diri  saya," katanya dalam nada terharu.

Ujar Maznah lagi, dia membelikan basikal untuk memudahkan tiga anaknya,Siti Nor Alia Kasmadi,14,belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Kuala Krai, serta Muhammad Khuzaimi,11, dan Siti  Norain,15, ke sekolah Kebangsaan Bandar Kuala Krai, sementara anak sulongnya,Siti Norain,15,belajar di SMK Laloh tinggal di asrama.

"Sekarang mereka terpaksa ke sekolah dengan basikal.

"Saya masih belum pulih, tetapi berharap kecederaan akan sembuh dalam masa terdekat memandangkan saya perlu mencari  rezeki untuk menyara anak-anak," katanya yang bekera sebuah pasaraya dekat sini.

Dia yang mendapat cuti sakit sebulan turut berharap masih diterima bekerja selepas pulih kelak.

"Saya mendapat cuti sakit sebulan,tapi jika tidak sembuh, saya perlu sambung cuti dan bimbang jika tidak diterima bekerja sekiranya cuti agak lama," katanya.

Awal bulan ini Sinar Harian menyiarkan kebimbangan  Maznah yang terlantar  selepas terlibat kemalangan di hadapan Pasaraya Pantai Timur selepas menghantar tiga anaknya ke sekolah.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment