MRR2 Ulu Klang-Ampang kembali lancar

Monday, February 26, 2018

MRR2 Ulu Klang-Ampang kembali lancar

MRR2 Ulu Klang-Ampang kembali lancar

KUALA LUMPUR: Keadaan trafik di semua lorong Jalan Lingkaran Tengah (MRR2) Ulu Klang-Ampang dilaporkan kembali lancar selepas mengalami kesesakan selama 12 jam.

Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (ProLintas) menerusi Twitter rasminya, @muSUKEofficial malam ini menyebut kren yang tumbang di MRR2 sudah dialihkan dari lorong terbabit ke bahagian tepi jalan yang tidak mengganggu aliran trafik.

"Kami memohon maaf sekali lagi dan berterima kasih kepada semua pengguna (MRR2) atas kesabaran mereka.

"Terima kasih juga kepada semua pihak yang membantu termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)," katanya.

Terdahulu, ProLintas mengesahkan kejadian kren tumbang di Kilometer 25.2 berhampiran Dataran Ukay pada jam 10 pagi tadi.

Katanya, ia berpunca daripada permukaan tanah tidak stabil yang menempatkan kren berkenaan.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment