Malaysia dalam kategori negara hebat

Thursday, February 1, 2018

Malaysia dalam kategori negara hebat

Malaysia dalam kategori negara hebat

KUALA LUMPUR â€" Ramalan pertumbuhan ekonomi 5.5 peratus bagi 2018 meletakkan Malaysia dalam kategori negara hebat, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Beliau berkata, unjuran pertumbuhan ekonomi itu yang jauh lebih baik daripada Amerika Syarikat, 2.5 peratus, UK (1.4), Jepun (1.4), Jerman (2.4) dan Singapura (2.5), sekaligus menepis gambaran yang sering diberikan oleh pembangkang bahawa Malaysia akan muflis.

“Unjuran pertumbuhan ekonomi global Bank Dunia untuk 2018 adalah 3.1 peratus  iaitu 2.2 peratus untuk ekonomi maju dan 4.5 peratus untuk pasaran baru dan ekonomi negara membangun.

"Di rantau Asia Timur dan Pasifik, ramalan pertumbuhan ekonomi adalah 6.2 peratus hingga 6.4 peratus untuk China dan 5.3 peratus untuk Indonesia. Pertumbuhan ekonomi 2 hingga 3 peratus dianggap biasa manakala 5 peratus dan ke atas adalah dianggap hebat,” katanya  menerusi catatan di laman rasmi blog beliau, malam ini.

Salleh berkata pembangkang sering memperdengarkan retorik yang menggambarkan Malaysia akan muflis, termasuk calon Perdana Menteri Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyatakan Malaysia akan hancur. 

"Sebenarnya, ini merupakan pembohongan oleh pihak pembangkang dan apa yang berlaku sebenarnya adalah bertentangan dengan apa yang mereka dakwa,”katanya. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment