Mahasiswa jangan terpengaruh kempen undi rosak

Friday, February 2, 2018

Mahasiswa jangan terpengaruh kempen undi rosak

Mahasiswa jangan terpengaruh kempen undi rosak

KOTA BHARU: Kerajaan mengingatkan mahasiswa supaya tidak terpengaruh dengan kempen #undirosak oleh pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata beliau yakin mahasiswa tidak mudah terpengaruh kerana mereka mampu menilai pelbagai kemudahan yang disediakan kerajaan.

Bagaimanapun, katanya, ini bukan bermakna kerajaan memandang remeh perkara itu sebaliknya perlu berjaga-jaga kerana pembangkang akan melakukan pelbagai cara untuk meraih perhatian.

"Kempen undi rosak yang dilakukan pembangkang adalah tindakan tidak pelik memandangkan PRU-14 semakin hampir.

"Tindakan pembangkang yang cuba merosakkan sistem pilihan raya itu disebabkan mereka takut kalah dan gusar apabila melihat kekuatan Barisan Nasional (BN)," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media pada Majlis Ramah Mesra Pelatih Program Latihan Kemahiran Industri Laluan Rel Pantai Timur (PLKI-ECRL) di Hotel Perdana, di sini.

Kempen #UndiRosak mula timbul pada 7 Januari lalu selepas pembangkang menamakan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri jika menang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Fokus utama ialah mengajak golongan muda merosakkan undi pada PRU-14 nanti.

Mengulas lanjut, Idris berkata kerajaan sudah menyediakan pelbagai kemudahan untuk rakyat dan sudah tentu rakyat Malaysia mampu menilai untuk memilih siapa pada PRU-14 nanti.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment