Jarak usia tidak halang Rossa, Isyana bersahabat baik

Friday, February 2, 2018

Jarak usia tidak halang Rossa, Isyana bersahabat baik

Jarak usia tidak halang Rossa, Isyana bersahabat baik

MESKI mempunyai jarak usia yang jauh, ia tidak pernah menjadi halangan buat dua penyanyi popular Indonesia, Rossa, 38, dan Isyana Sarasvati, 24, untuk bersahabat baik.

Menurut Rossa, dia cukup menyenangi perwatakan Isyana yang lucu namun merupakan seorang gadis yang bijak dan tahu membawa diri.

Malah Rossa juga tidak menyangka begitu serasi dengan pelantun lagu penyanyi muda itu meskipun baru saling mengenali.Jarak usia tidak halang Rossa, Isyana bersahabat baik

“Saya dan Isyana bersahabat baik. Dia seorang gadis bijak, namun dalam masa yang sama berperwatakan lucu.

“Kalau saya dan dia bersama-sama ada dalam satu majlis, memang boleh jadi kecoh semuanya,” katanya sambil ketawa.

Mereka berdua  mula bersahabat setelah diperkenalkan syarikat rakaman Sony Music yang juga merupakan syarikat label di mana Isyana bernanung.

Menurut Isyana, kali pertama dia pertama dia bertemu secara dekat dengan Rossa yang juga penyanyi idolanya itu ketika masih belajar di Singapura.

“Walaupun kali pertama bertemu, kami mudah serasi dan boleh bergaul dengan baik meskipun jarak usia kami jauh berbeza.

“Rossa adalah penyanyi idola saya semenjak kecil lagi. Tidak sangka walaupun dia seorang penyanyi terkenal, dia sangat merendah diri dan mesra dengan semua orang.

“Bila jumpa, memang kami asyik ketawa sahaja kerana serasi dengan karakter masing-masing,” kongsi  Isyana.

Dalam pada itu, Isyana mengakui Rossa banyak berkongsi dan pengalamannya dalam industri seni kepadanya yang masih baru dalam bidang ini.

“Pengalamannya dan pencapiannya terlalu besar dan terlalu jauh kalau nak dibandingan saya, namun dia tidak meletakkan dirinya berada di atas sebaliknya terbuka untuk berkongsi pentas, malah bersahabat dengan saya,”luah Isyana.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment