Empat Tentera Thailand cedera letupan bom di Narathiwat

Sunday, February 18, 2018

Empat Tentera Thailand cedera letupan bom di Narathiwat

Empat Tentera Thailand cedera letupan bom di Narathiwat

NARATHIWAT - Empat anggota tentera cedera termasuk seorang parah selepas kenderaan tempur yang dinaiki mereka terbalik selepas terkena letupan bom buatan sendiri di sebuah wilayah bergolak di selatan Thailand.

Kejadian itu berlaku kira-kira 12.30 tengah hari (waktu tempatan) tadi di daerah Chana, Narathiwat.

Penolong Ketua Polis Daerah Chana Kapten Adisong Promnu telah mengesahkan kejadian itu.

Beliau berkata kejadian berlaku semasa anggota tentera dari unit jurutera itu sedang menghantar bekalan makanan untuk rakan mereka yang membina jalan.

Letupan itu dipercayai berpunca daripada sebutir bom buatan sendiri seberat kira-kira 25 kilogram dan diaktifkan mengguna wayar. รข€" Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment