Bagan Datuk perlu majlis daerah sendiri

Sunday, February 18, 2018

Bagan Datuk perlu majlis daerah sendiri


Timbalan Perdana Menteri berkata, ketika ini pentadbiran Bagan Datuk yang merupakan daerah baharu ke-12 di negeri ini masih berada di bawah kelolaan Majlis Daerah Hilir Perak bersama Teluk Intan.

Tambah Ahmad Zahid, penubuhan majlis daerah sendiri itu amat penting bagi kemajuan dan pembangunan daerah berkenaan pada masa depan.

"Saya pun tidak mahu lama jadi Ahli Parlimen, jadi sebelum saya berundur, saya ingin majukan semua kawasan bagan, pekan kecil, premis perniagaan dan pusat komersil yang ada di Bagan Datuk.

"Oleh itu saya akan mohon perkenan Sultan Perak dan pada menteri besar untuk kita ada majlis daerah sendiri bagi kendalikan premis tersebut dengan kenakan cukai yang tidak tinggi," katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian ketika berucap pada Fiesta Gong Xi Fa Cai peringkat Parlimen Bagan Datuk di Pusat Komersil Simpang Empat di Hutan Melintang, dekat sini hari ini. - UTUSAN ONLINE



sumber: utusan

0 comments:

Post a Comment