Empat pengemis diberi amaran

Sunday, February 18, 2018

Empat pengemis diberi amaran

Empat pengemis diberi amaran

DUNGUN - Empat pengemis diselamatkan Pejabat Kebajikan Daerah Dungun dalam operasi pengemis di sekitar Bandar Dungun, di sini, Isnin lepas.

Pegawai JKM Dungun, Mohd Naufal Yusoff dalam kenyataannya hari ini berkata, dalam operasi yang bermula jam 5.40 petang hingga jam 8.00 malam itu, dua daripada yang ditahan merupakan Orang Kurang Upaya (OKU).

Menurutnya, kesemua yang ditahan berusia berusia di antara 39 hingga 52 tahun.

"Operasi dijalankan di sekitar Bandar Dungun  termasuk di hentian bas.

"Dua daripada yang ditahan adalah wanita dan salah seorang didapati menjual tiket jualan langsung menggunkan nama sebuah tahfiz di kedah.

"Bagaimanapun, semua mereka hanya diberi amaran dan akan diambil tindakan tegas jika mengulangi kesalahan yang sama,"katanya.

Beliau berkata, pihaknya memandang serius isu gelandangan dan pengemis serta akan melancarkan operasi besar-besaran dalam masa terdekat.

"Operasi seperti ini memang kita lakulan secara berterusan dan operasi bersepadu bersama agensi-agensi lain akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

"Bukan sahaja JKM tetapi kita meminta semua pihak dan masyarakat supaya lebih bijak membantu golongan yang memerlukan serta sama-sama membanteras aktiviti mengemis atau gelandangan,"katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment