Dua remaja perempuan ditahan kerana curi motosikal

Monday, February 26, 2018

Dua remaja perempuan ditahan kerana curi motosikal

Dua remaja perempuan ditahan kerana curi motosikal

SERI ISKANDAR - Dua remaja perempuan ditahan kerana mencuri sebuah motosikal di Kampung Tanjung Dedalu, Parit di sini pada 22 Februari lalu.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Zainal Abdullah berkata, remaja perempuan berusia 14 dan 16 tahun yang juga sepupu itu telah mencuri motosikal Modenas Kriss milik seorang suri rumah.

Menurutnya, kedua-dua suspek telah mencuri motosikal berkenaan yang diletakkan di bawah rumah pemiliknya pada 21 Februari kira-kira jam 6.45 pagi.

“Seorang suspek adalah pelajar sekolah menengah di sekitar daerah ini manakala seorang lagi bekerja di sebuah kedai makan.

“Mereka telah ditahan di rumah masing-masing pada jam 6.25 petang dan turut merampas motosikal berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan media, semalam.

Beliau berkata, berdasarkan siasatan, kedua-dua suspek mencuri motosikal itu dengan menggunakan kunci motosikal lain dan apabila berjaya dibuka mereka telah melarikan motosikal berkenaan.

“Mereka juga mendakwa terpaksa mencuri motosikal berkenaan kerana tidak ada kenderaan untuk pergi bekerja.

“Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan mereka boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang 1 tahun dan tidak lebih 7 tahun dan juga dikenakan denda,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment