Azmin hanya jaga kedudukannya sebagai MB
HULU LANGAT â" Pengerusi Pakatan Harapan (Harapan) Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilihat hanya mementingkan diri sendiri demi menjaga kedudukannya sebagai menteri besar.
Adun Semenyih, Datuk Johan Abdul Aziz berkata, ini dibuktikan dengan tindakan Azmin masih tidak menukar jawatan Exco Pas dengan Amanah walaupun kini hampir PRU14.
âKenapa Pas âditendang keluarâ daripada Harapan tapi masih tak âtendang keluarâ Exco Pas sedia ada, bagi saya Azmin âselfish' bila dilihat beliau nak jaga kedudukan sebagai menteri besar.
âSaya difahamkan beliau hanya beri alasan kekalkan Exco Pas kerana ia amanah rakyat pada pilihan raya lalu, sebenarnya jawapan itu hanya untuk kepentingan diri sendiri,â katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Selangkah Ke Menara Gading, di sini, hari ini.
Johan turut mengulas Harapan yang masih belum ada persetujuan dicapai hingga kini dalam kalangan parti itu berhubung pembahagian kerusi pada PRU14.
âSaya tidak tahu apa masalah dalaman mereka, kerajaan negeri ini carca-marba serta tidak konsisten,â katanya.
Terdahulu, Azmin mendakwa beliau sudah mengadakan pertemuan sebanyak empat kali dengan jawatankuasa rundingan kerusi untuk berbincang bukan sahaja pembahagian kerusi namun isu lain berkaitan dengan PRU14.
Azmin memaklumkan masih belum mencapai persetujuan di kalangan empat parti ini. Tetapi sekarang terdapat permintaan, daripada menamakan jawatankuasa pilihan raya negeri Selangor, mereka mahukan ia untuk memfokuskan kepada rundingan kerusi.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment