100 OKU terima bantuan

Sunday, February 18, 2018

100 OKU terima bantuan

100 OKU terima bantuan

BACHOK - Golongan kurang bernasib baik terus mendapat perhatian daripada kepimpinan kerajaan negeri dalam pelbagai program yang diadakan setiap bulan.

Kelmarin, ​bantuan khas OKU telah disampaikan kepada 100 orang terlibat.

​Adun Perupuk, Mohd Huzaimy Che Husin berkata, semua OKU telah ​menerima bantuan khas ​iaitu ​barangan dapur bernilai RM100 setiap seorang.

​"​OKU y​an​g ​kebanyakannya terdiri daripada kategori berkerusi roda, cacat penglihatan, bertongkat dan pendidikan khas mendapat manfaat daripada sumbangan tersebut​.

"Selain itu, penghuni yang menginap di sekitar bengkel OKU itu turut menerima sumbangan berkenaan,"katanya sempena program anjuran Persatuan OKU Kerusi Roda yang berlangsung di dewan Bengkel OKU Kampung​ Aur, Telong​.

Sebelum itu satu ceramah ​m​otivasi OKU disampaikan oleh aktivitis masyarakat  Nasrul Mohamed y​an​g menyentuh tentang peranan OKU d​alam ​ sejarah perkembangan perjuangan ​I​slam sejak zaman Rasulullah S​.​A​.​W dan juga kegemilangan Islam seperti Abdullah Ibnu Ummu Maktum.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment