Usul Majlis Tindakan Sara Hidup Negara ke Kabinet minggu depan

Sunday, January 14, 2018

Usul Majlis Tindakan Sara Hidup Negara ke Kabinet minggu depan

Usul Majlis Tindakan Sara Hidup Negara ke Kabinet minggu depan

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan membawa usul penubuhan Majlis Tindakan Sara Hidup Negara ke Kabinet minggu depan.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, berkata pihaknya terpaksa menangguhkan penubuhan majlis itu sejak tahun lalu bagi memastikan kelancaran untuk memuktamadkan keputusan dalam berdepan cabaran kos sara hidup rakyat.

Katanya, ia akan dibahagikan kepada lima kluster yang akan diwakili pakar dalam bidang masing-masing.

"Kerajaan sedang membuat perkiraan terhadap elaun setimpal untuk diberikan kepada pakar dalam setiap kluster.

"Ini kerana kita memerlukan pakar yang arif dalam bidang ditempatkan dan ia juga bergantung kepada kekerapan mereka dipanggil untuk bermesyuarat.

"Kita sudah menyenarai pendek calon dan setiap kluster mungkin diwakili 30 orang. Sejurus itu ia akan terus dilaksanakan," katanya selepas merasmikan kempen The Magic of Ong 2018, Tesco Kepong, hari ini.

Sebelum ini, Hamzah berkata, kerajaan bersetuju menubuhkan Majlis Tindakan Sara Hidup Negara bagi mengatasi masalah kos sara hidup dan orang tengah.

Cadangan penubuhan majlis itu diutarakan Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Jamawi Jaafar pada sesi perbahasan Perhimpunan Agung UMNO 2017 lalu.

Lima kluster termasuk dalam majlis terbabit merangkumi perumahan, pengangkutan, utiliti dan makanan serta minuman.

Sementara itu, kempen The Magic of Ong 2018, yang bermula hari ini sehingga 4 Februari depan bertujuan memberi ganjaran dan penjimatan berganda kepada pelanggan yang membeli-belah di pasar raya Tesco.

Ketua Pegawai Eksekutif Tesco, Paul Ritchie berkata, bagi menyambut kedatangan Tahun Baharu Cina, pihaknya menyediakan pelbagai tawaran harga untuk pelanggan.

"Tesco turut bekerjasama dengan Kechara Soup Kitchen dalam membantu komuniti meraikan kedatangan Tahun Baharu Cina," katanya.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment