Monyet masuk rumah, ganggu penduduk

Sunday, January 14, 2018

Monyet masuk rumah, ganggu penduduk

Monyet masuk rumah, ganggu penduduk

PUNCAK ALAM - Kehadiran lebih 100 monyet liar di kawasan Astana Alam 2, di sini menimbulkan rungutan penduduk berikutan haiwan liar itu mula menceroboh masuk ke dalam rumah mencari makanan.

Lebih membimbangkan, monyet mula berani ‘menyergah’ penduduk terutamanya suri rumah ketika membuang sampah di kawasan berhampiran dan mengganggu kanak-kanak setiap petang.

Penduduk, Nordalilah Abd Azais, 44, mengadu, kehadiran lebih 100 monyet itu setiap pagi dan petang di kawasan pembuangan sampah untuk mencari makanan.

Menurutnya, gangguan haiwan liar lebih teruk sejak awal bulan ini dengan jumlah monyet yang cukup banyak tidak kira bergayut di tepi bumbung rumah dan pokok berhampiran.

“Akak jadi takut nak buang sampah bila tengok banyak monyet berlonggok tepi tong sampah dan sampah yang dibuang berselerak kerana monyet tu konyakkan plastik bungkusan.

“Tu yang sampai ada sisa pampers dan plastik kotor atas bumbung kereta menyebabkan penduduk marah dan merungut sebab masalah tak pernah selesai,” katanya.

Pengerusi Permuafakatan Persatuan Penduduk Puncak Alam, Mohd Hanif MD Sultan, berkata, pihaknya turut memaklumkan isu sama kepada agensi kerajaan yang berkaitan.

“Setakat ini, hanya sangkar monyet diletakkan di kawasan apartment ini buat sementara waktu dan penduduk memohon supaya tempat pembuangan sampah ini dinaiktarafkan.

“Sebab sekarang ini, tempat pembuangan sampah terbuka dan monyet boleh menyelinap masuk dan cari makanan…jadi sampah bersepah menyebabkan kawasan kotor.

“Sebab itu, penduduk mohon supaya tempat pembuangan sampah bertutup dapat dibina di kawasan ini bagi membendung masalah monyet,” katanya kepada Sinar Harian.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment