Ugo Ukah sah bakal milik Pulau Pinang
PERSATUAN Bolasepak Pulau Pinang (FAP) mengesahkan akan mengikat bekas pertahanan Selangor, Ugochukwu Ugo Ukah apabila akan hadir menandatangani kontrak pada Isnin depan.
Naib Presidennya, Mohd Azizuddin Mohd Shariff berkata, Ketua Jurulatih Pulau Pinang, Zainal Abidin Hassan bersetuju mendapatkan pemain Nigeria itu bagi mengukuhkan benteng Harimau Kumbang pada musim ini.
"Ugo Ukah sudah bersetuju untuk menyertai Pulau Pinang dan hanya tunggu beliau hadir untuk tandatangan kontrak bersama FAP sahaja dan selepas itu akan terus menjalani latihan bersama pasukan.
Selain itu idea untuk membawa pulang bekas pemain tengah Pulau Pinang, Matias Cordoba masih dalam pertimbangan kejurulatihan pasukan.
Zainal perlu melihat secara menyeluruh fungsi semua import ini untuk diselaraskan dengan pemain tempatan sedia ada bagi memastikan kehadiran mereka bukan untuk memanaskan bangku simpanan semata-mata," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Semalam, Sinar Harian melaporkan Ugo Ukah kini berada di dalam radar Pulau Pinang untuk memperkukuhkan benteng pasukan bagi menghadapi saingan Liga Premier musim 2018.
Sumber terdekat FAP berkata, Zainal Abidin berminat dengan semangat pemain itu yang sentiasa memberikan komitmen penuh semasa di atas padang.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment