Tempoh reman dua 'Datuk' kes terowong dasar laut Pulau Pinang disambung

Sunday, January 14, 2018

Tempoh reman dua 'Datuk' kes terowong dasar laut Pulau Pinang disambung


Perintah sambung reman itu dikeluarkan oleh Majistret Khir Nizam Jemari di Mahkamah Majistret sehingga Jumaat ini di sini hari ini.

Terdahulu, kedua-dua suspek itu tiba secara berasingan di mahkamah tersebut kira-kira pukul 9.15 pagi dengan berpakaian lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan tangan bergari.

Minggu lalu, seorang individu yang menjawat jawatan sebagai timbalan pengerusi sebuah syarikat hartanah dikenakan perintah reman oleh Mahkamah Majistret Georgetown, Pulau Pinang, manakala seorang lagi individu pula yang merupakan pengarah eksekutif kanan di sebuah syarikat hartanah direman di Mahkamah Majistret Putrajaya di sini.

Kedua-dua suspek itu sebelum ini direman selama enam hari sehingga hari ini.

Penahanan mereka dibuat susulan daripada serbuan SPRM ke beberapa pejabat agensi kerajaan di Kompleks Tun Abdu Razak (Komtar), 9 Januari lalu, berhubung siasatan projek pembinaan terowong dasar laut.

Turut diserbu dalam operasi itu adalah beberapa syarikat berkaitan yang beroperasi di sekitar Pulau Pinang. - UTUSAN ONLINE



sumber: utusan

0 comments:

Post a Comment