Tanah runtuh di sekitar Pulau Aur

Tuesday, January 2, 2018

Tanah runtuh di sekitar Pulau Aur

Tanah runtuh di sekitar Pulau Aur

JOHOR BAHRU: Beberapa kawasan di sekitar Pulau Aur, Mersing, terjejas berikutan tanah runtuh akibat hujan lebat sejak semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Kesihatan, Penerangan dan Pendidikan negeri, Datuk Ayub Rahmat, berkata bangunan yang terjejas, termasuk bangunan awam, balai raya, Sekolah Kebangsaan Pulau Aur, selain pondok polis marin, kediaman guru di tingkat bawah dan empat kedai pejabat di daerah Mersing.

Katanya, dalam kejadian jam 9.30 malam tadi, bencana banjir berpunca daripada hujan lebat, selain puting beliung disusuli dengan kejadian air pasang besar pada paras 3.7 meter.

"Antara tindakan yang akan dijalankan iaitu permohonan benteng pemecah ombak di persisiran pantai, selain membaik pulih kawasan sekolah yang terjejas teruk akibat hakisan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Ayub berkata, anggaran kerosakan belum ditafsir seperti struktur bangunan, pagar, rumah jana kuasa bergerak, stor penguatkuasaan dan sistem air tapisan bersih.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment