Sukarelawan MRA agih bantuan banjir

Friday, January 5, 2018

Sukarelawan MRA agih bantuan banjir

Sukarelawan MRA agih bantuan banjir

KUALA LUMPUR: Malaysian Relief Agency (MRA) menggerakkan sukarelawannya ke Pahang bagi membantu mangsa banjir di sana.

Ini berikutan keadaan banjir yang masih membimbangkan di Pahang serta beberapa negeri lain iaitu Terengganu, Johor, Sabah dan Pulau Pinang.

Presiden MRA, Dr Mohd Daud Sulaiman, berkata pasukan sukarelawan digerakkan sejak awal minggu ini dengan koordinasi oleh agensi kerajaan negeri, persekutuan serta badan bukan kerajaan lain.

"Ini adalah dasar prihatin, jadi kita menggerakkan petugas dan sukarelawan MRA ke Pahang bagi memantau situasi banjir dan menyampaikan sumbangan yang diterima daripada orang ramai dan pihak korporat kepada mangsa di sana.

"Sukarelawan ini diketuai Setiausaha MRA Pahang, Mahadi Deraman yang mengatur bantuan logistik kepada mangsa banjir di beberapa lokasi yang dikenal pasti," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, selain sukarelawan MRA, misi turut dibantu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Pahang.

Mereka, katanya, termasuk Briged Bakti Pahang, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Pahang, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Pahang, Banjero Squad dan Skuad Pacuan Empat Roda (4x4) Charity Pahang.

"Sumbangan ini berbentuk barang makanan asas, pek kebersihan dan pek khas kanak-kanak, diserahkan kepada mangsa banjir di pusat pemindahan sementara Dewan Orang Ramai Sri Damai, Jaya Gading, Sungai Soi dan Sekolah Kebangsaan Kempadang, Kuantan," katanya.

Katanya, MRA turut melancarkan Tabung Bencana Banjir untuk memperkasakan lagi usaha bantuan

"Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Sekretariat MRA di talian 03-91744672 atau 013-3371672 atau lawati laman www.mra.my," katanya.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment