Nelayan hilang punca pendapatan
ALOR PONGSU - Lebih 150 nelayan sungai di Mukim Beriah kini berdepan hilang punca pendapatan susulan Sungai Beriah, di sini, yang menjadi lubuk menangkap ikan, terjejas akibat perlaksanaan projek mengorek pasir sungai sejak setahun lalu.
Perlaksanaan projek di pinggiran Sungai Beriah pada jarak 300 meter itu turut menyebabkan pencemaran sungai berikutan tumpahan minyak diesel dari tangki mesin pengorek pasir sungai.
Wakil nelayan sungai, Saidin Mat, 49, berkata, sebelum projek dilaksanakan setahun lalu, golongan nelayan di sepanjang Sungai Beriah tidak berdepan sebarang masalah mencari hasil tangkapan.
Menurutnya, sebelum ini mereka mampu memperoleh hasil seperti baung, lampam dan udang galah sekurang-kurangnya 5 kilogram sehari.
âSejak projek korek pasir sungai dilaksanakan Januari tahun lalu, keadaan sungai makin rebak, lebar dan cetek, banyak pokok di pinggiran sungai ditumbangkan serta air sungai berkeladak.
âLebih malang, kini sebahagian besar permukaan air dilitupi tumpahan minyak diesel, Kami percaya berpunca dari tangki minyak mesin korek pasir sungai bocor,â katanya selepas tinjauan isu permasalahan Sungai Beriah oleh Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali di Kampung Matang Pasir, semalam.
Tinjauan turut dihadiri Ketua Jabatan Alam Sekitar (JAS) cawangan Taiping, Muhammad Ridzuan Mohd Alias dan wakil Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kerian.
Pemimpin maklum sungai tercemar
Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali menegaskan pihaknya menerima aduan isu ini pada November tahun lalu.
Menurutnya, beliau difahamkan permit kebenaran projek sudah tamat pada 31 Disember, namun akan disambung untuk enam bulan.
âKesan projek itu menyebabkan Sungai Beriah terhakis, lebar dan air berkeladak.
"Tumpahan minyak diesel turut menyebabkan permukaan sungai seluas 300 meter radius dicemari,â katanya.
Katanya, beberapa nelayan mengusahakan ikan sangkar turut terjejas apabila hampir kesemua ikan mati akibat pencemaran sungai.
âSyukur JPS Kerian memberi jaminan tidak menyokong sebarang usaha melanjutkan tempoh permit kebenaran projek itu,â katanya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment