Spekulasi mungkin betul kerana Pas kini lemah

Monday, January 15, 2018

Spekulasi mungkin betul kerana Pas kini lemah

Spekulasi mungkin betul kerana Pas kini lemah

SHAH ALAM - Pas berada dalam keadaan lemah dan ini mungkin menyebabkan berlaku perjanjian di antara Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang seperti didakwa oleh Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk A Kadir Jasin.

Dekan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Madya Dr Ahmad Martadha Mohamed berkata, parti itu kelihatan lemah disebabkan beberapa faktor, sekali gus menyukarkan mereka untuk mempertahankan Kelantan.

“Sebelum ini, kemenangan yang dimiliki mereka, antara salah satu faktor adalah Pakatan Rakyat. Banyak kerusi yang dimenangi oleh mereka adalah dibantu dengan undian daripada pengundi bukan Islam yang menyokong pembangkang.

“Tetapi, apabila Pas keluar daripada pakatan itu, Pas tidak boleh mengharapkan sokongan daripada kumpulan ini. Mereka perlu berdiri sendiri,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, selepas pemergian bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, kira-kira tiga tahun laluantara faktor hilangnya pengaruh Pas di Kelantan.

Oleh itu, perjanjian sulit mungkin dibuat oleh kedua-dua parti supaya Pas sekurang-kurangnya dapat mempertahankan negeri  Cik Siti Wan Kembang itu daripada dirampas mana-mana parti.

“Jika ada pihak yang menyatakan ada satu perjumpaan yang berlaku, saya rasa ia bukan satu perkara luarbiasa.” ujarnya.
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment