Madrasah Rohingya mohon sumbangan

Sunday, May 20, 2018

Madrasah Rohingya mohon sumbangan

Madrasah Rohingya mohon sumbangan

KUALA BERANG - Biarpun berada jauh beribu batu daripada bumi Myammar yang merupakan tanah air mereka, namun anak-anak etnik Rohingya di Madrasah Hidayah Rohingya Kuala Berang bersyukur kerana dapat jalani ibadah puasa dengan tenang di negara ini.

Pengetuanya, Mohd Osman Ibrahim Hafiz Ahmad, buat masa ini terdapat 65 pelajar di madrasah tersebut dan sebagaimana umat Islam yang lain mereka juga berbuka puasa dan bersahur bersama-sama walaupun sekadar ala kadar.

"Kita bersyukur kerana selama ini pelbagai pihak telah datang membantu dalam pelbagai bentuk termasuk peralatan pembelajaran serta sumbangan makanan untuk anak-anak pelajar di madrasah ini.

"Pada bulan Ramadan ini, pihak madrasah amat memerlukan makanan untuk bersahur serta berbuka puasa. Kami amat mengalu-alukan sumbangan masyarakat agar anak-anak pelajar di sini dapat turut sama berbuka ataupun bersahur sepanjang Ramadan ini.

"Kami benar-benar harapkan orang ramai untuk bantu. Mana-mana yang sudi bolehlah hubungi talian 09-6818000, pada yang telah bantu kami selama ini, terima kasih diucapkan," katanya kepada Sinar Harian.

Tambah Mohd Osman, madrasah berkenaan pernah berdepan situasi kehabisan makanan seperti biskut sekaligus merungsingkan pihaknya sehinggakan perkara itu dimuat naik dalam media sosial sebagai makluman.

Sebagai mewakili madrasah itu juga, beliau mengalu-alukan bantuan uniform kepada pelajar-pelajar  madrasah berkenaan memandangkan mereka cuma ada sepasang uniform sahaja bagi setiap orang yang diperoleh hasil sumbangan dan dipakai setiap hari oleh anak-anak tersebut.

"Uniform pelajar cuma ada satu dan kami harap ada yang sudi tampil kerana perlunya sehelai lagi uniform. Harga satu set uniform pelajar antara RM50 hingga RM70 iaitu jubah,  kopiah serta serban bagi pelajar lelaki dan pakaian sekolah untuk pelajar perempuan,"ujarnya.
 



sumber:
sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment