Sinar Harian, CMA CGM Malaysia berentap

Friday, January 5, 2018

Sinar Harian, CMA CGM Malaysia berentap

Sinar Harian, CMA CGM Malaysia berentap

BAGI mengeratkan lagi hubungan media  bersama pembaca akhbar ini, pasukan Sinar Harian mengadakan perlawanan persahabatan badminton dengan CMA CGM Malaysia, baru-baru ini.

Perlawanan yang pertama kalinya diadakan dengan syarikat perkapalan itu berlangsung di gelanggang badminton Sinar Harian.

Hadir sama memeriahkan perlawanan tersebut, Ketua Pegawai Operasi (Grup Percetakan), Akmal Eirfan Mohamed Fauzi dan Ketua Pengarang Sinar Harian, Norden Mohamed.

Menurut Akmal, sukan merupakan medium terbaik dalam merapatkan silaturahim antara media dan pembaca.

“Malah menerusi perlawanan ini, selain bersukan, kedua-dua pihak dapat berkongsi pengalaman kerana masing-masing dalam bidang berbeza,” katanya.

Dalam perlawanan tersebut, Sinar Harian memenangi perlawanan tersebut dengan keputusan 4-3 menerusi tujuh regu yang dipertandingkan.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment