Penjual kosmetik maut ditetak

Friday, January 5, 2018

Penjual kosmetik maut ditetak

Penjual kosmetik maut ditetak

SHAH ALAM: Seorang lelaki tempatan maut selepas ditetak sekumpulan empat lelaki warga asing dalam kejadian di tapak pasar malam di Seksyen 25, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat, berkata pihaknya dimaklumkan kira-kira jam 9.05 malam tadi, mengenai satu kejadian seorang mangsa dikelar di leher di kawasan Pasar Malam Sri Muda, Seksyen 25, Shah Alam.

Katanya, mangsa dikenal pasti sebagai Mohd Nor Syazrin Rasdi, berusia 29 tahun dan berasal dari Kupang, Kedah.

"Hasil siasatan awal, kami mendapati ketika si mati bersama seorang wanita tempatan berusia 26 tahun dan dua pekerjanya dari warga asing sedang berniaga barangan kosmetik di pasar malam itu, tiba-tiba datang empat lelaki disyaki warga Indonesia.

"Kumpulan itu tidak dikenali mangsa dan mereka menyerang si mati dengan menggunakan pisau sebelum melarikan diri.


KESAN darah dipercayai milik mangsa di tapak pasar malam Sri Muda di Seksyen 25, Shah Alam.

"Mangsa yang luka di leher, mati di tempat kejadian manakala seorang daripada pekerja warga Indonesia yang cuba membantunya luka di kepala sebelum dikejarkan ke hospital," katanya ketika dihubungi.

Shafien berkata, motif kejadian masih dalam siasatan dan polis percaya mangsa yang maut adalah pemilik gerai menjual kosmetik itu.

Katanya, lelaki itu baru pertama kali berniaga di tapak pasar malam ketika kejadian berlaku.

Beliau berkata, polis menahan wanita tempatan itu dan seorang lagi pekerja warga Indonesia yang berada di lokasi untuk siasatan lanjut.

"Pada ketika ini, polis masih mencari suspek serta senjata yang digunakan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment