Setuju hantar pulang

Tuesday, January 16, 2018

Setuju hantar pulang

Setuju hantar pulang

YANGON - MYANMAR. Myanmar dan Bangladesh bersetuju menghantar pulang penduduk Islam Rohingya dalam tempoh dua tahun, garis masa pertama penghantaran balik ratusan ribu pelarian di Dhaka.

Menurut kenyataan Bangladesh, perjanjian itu dimuktamadkan di Naypyidaw minggu ini dan proses penghantaran pulang akan diselesaikan dengan sebaik-baiknya dalam dua tahun dari permulaan pemulangan.

"Semasa pertemuan dua hari ini, kami bersetuju dengan penyelesaian untuk pendatang dapat kembali ke tanah air. Kami akan memulakan proses pemulangan dalam masa terdekat.

"Tetapi, tarikh akhir yang ditetapkan Myanmar pada minggu depan untuk memulakan penghantaran balik Rohingya adalah mustahil," kata duta besar Bangladesh di Myanmar, Mohammad Sufiur Rahman.

Perjanjian tertakluk kepada Rohingya yang melarikan diri dari Myanmar dalam dua keganasan utama sejak Oktober 2016, apabila sekumpulan pemberontak menyerang pondok keselamatan di utara Rakhine.

Bagaimanapun, ia tidak termasuk bagi kira-kira 200,000 Rohingya yang tinggal di Bangladesh sebelum tarikh tersebut. - AFP

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment