Bebas dari tahanan reman semalam, Fadzil Zahari berhasrat untuk membawa abangnya, Datuk Farid Kamil pulang ke kampung halaman mereka di Kedah bagi membolehkannya berehat dan menenangkan fikiran seketika.

BACA: “Saya Sayang Awak, Diana”



Selain itu, Fadzil juga merancang untuk mengaturkan satu pertemuan diantara Farid dan kedua anaknya, Muhammad dan Aurora apabila keadaan kesihatannya membenarkan dan kesesuaian masa Farid.

“Perkara pertama, kesihatan Farid terlebih dahulu. Bila kami dah berpuas hati dengan tahap kesihatannya, barulah bawa balik kampung. Saya dan keluarga merancang untuk membawa Muhammad dan Aurora bertemu dengannya”

“Sama ada saya atau diana akan bawa jumpa mereka dengan Farid belum pasti lagi. Ini semua bergantung mengikut kesesuaian masa selain keadaan kesihatan Farid sekiranya dia sudah stabil,” katanya kepada m Star Online.



Dalam pada itu, Fadzil juga berharap pembebasan adiknya tidak mencetuskan lagi spekulasi dengan cerita tokok tambah dari pelbagai pihak supaya ianya tidak mengelirukan proses penyiasatan pihak berkuasa. (rtky/w)