Rumah bergegar bila ribut kuat
KUALA NERANG - Sepasang suami isteri dari Kampung Bukit Endeng, Mukim Belimbing Kiri memohon kepada agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan supaya dapat membaiki rumah mereka yang semakin rosak.
Amir Lufti Abd Wahab,41, berkata, dia sekeluarga sangat bimbang dengan keadaan rumah mereka kini yang semakin reput kerana dimakan anai-anai serta bumbung semakin bocor.
Katanya, dia sekeluarga kini terpaksa berteduh di rumah datuk mereka itu kerana tidak mampu untuk membeli serta menyewa rumah kerana pendapatannya hanya RM700 sebulan.
âSaya bekerja kampung sahaja dan pendapatan pula hanya sekitar RM700 sebulan. Dengan pendapatan sebanyak itu saya tidak mampu membaiki keadaan rumah kami yang semakin uzur itu.
âKos barang yang semakin mahal pada hari ini sudah pasti tidak mampu membelinya apatah lagi barang binaan seperti kayu dan bumbung zink adalah terlalu mahal sekarang ini. Dengan pendapatan tidak seberapa itulah saya menyara tiga anak yang masih bersekolah,â katanya.
Menurut Amir Lufti, setiap kali hujan lebat seluruh bahagian rumahnya itu akan dipenuhi dengan air kerana bumbung rumahnya yang bocor.
Kesan daripada itu menyebabkan mereka sekeluarga tidak dapat lagi tinggal di atas rumah, malah keseluruhan lantai atas rumahnya juga semakin reput dimakan anai-anai.
âPaling menakutkan setiap kali berlakunya angin kuat tiang rumah akan bergoyang dan kami bimbang rumah ini runtuh. Bagaimanapun kami sekeluarga tidak ada tempat lain untuk berteduh dan hanya bertawakal sahaja.
âPernah semasa ribut berlaku beberapa bumbung rumah diterbangkan oleh angin dan kejadian itu menghantui tiga anak saya sehingga hari ini jika berlakunya ribut kuat. Bagaimanapun dengan pendapatan yang tidak menentu saya hanya mampu menutupnya semula dengan zink terpakai sahaja,â katanya.
Nasirah Abu Bakar,25, pula berkata, struktur binaan rumah mereka yang semakin reput itu menyebabkan bilik air hampir roboh sekarang.
Katanya, keadaan tandas mereka yang semakin uzur menyebabkan dia terpaksa berhati-hati masuk untuk mengambil air atau memandikan anak-anaknya itu.
âSuami saya hanya mampu membaiki tandas itu dengan hanya menggunakan kayu pokok yang ada di sekitar rumah sahaja. Bumbungnya pula dengan hanya mengguna yang terpakai sahaja tetapi masih lagi berlubang dan kurang sempurna jika hujan turun,â katanya.
Menurut Nasirah sebelum ini suaminya pernah memohon kepada beberapa agensi kerajaan tetapi sehingga kini belum ada sebarang bantuan diperolehi.
Bagi mereka yang ingin menghulurkan sumbangan bolehlah menyalurkannya kepada Amir Lufti Abd Wahab di nombor akaun 2-00-5061-00019174-1 Bank Agro Malaysia .
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment