Raf Yaakob Cabar Kaki Komen Hantar Sihir
Bagi sesetengah warga laman sosial, melihat kebahagiaan pasangan suami isteri yang lain membuatkan mereka berasa sakit hati. Kenapa ada akaun laman sosial dan follow orang lain jika anda benci sangat tengok kehidupan orang lain?
BACA: Kisah Malam Pertama Raf Yaakob, Mawar Rashid
Perkara itu turut menimpa pasangan yang baru berkahwin iaitu Raf Yaakob dan juga Mawar Rashid. Tidak dinafikan pasangan ini sering berkongsikan detik-detik bahagia terutamanya di laman Instagram.
Bagaimanapun baru-baru ini, ada warga laman sosial yang menasihati agar pasangan ini tidak terlampau menunjukkan kebahagiaan kerana bimbang di sihir. Hendak dijadikan cerita, Raf turut melayan komen berkenaan dan turut mencabar orang lain untuk menghantar sihir kepadanya.
Raf menyatakan bahawa jelas sekali individu tersebut tidak mengenali keluarganya malah turut menasihatkan jika ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang sihir, bolehlah bertanyakan kepadanya secara peribadi di Instagram.
Apa pun, lebih baik perkara ini tidak diambil serius kerana tidak ada sesiapa pun yang mahukan rumahtangga yang berentakan lebih-lebih lagi angkara sihir. Buat Raf, hiraukan saja suara-suara di laman sosial yang tidak mengetahui perkara sebenar di sebalik tindakan kita. (rtky/s)
sumber: rotikaya
0 comments:
Post a Comment