Pulau Pinang dilanda banjir kilat lagi

Thursday, January 4, 2018

Pulau Pinang dilanda banjir kilat lagi

Pulau Pinang dilanda banjir kilat lagi

GEORGETOWN - Hujan lebat sejak malam tadi sehingga 10.30 pagi ini menyebabkan beberapa kawasan di Pulau Pinang dilanda banjir kilat.

Exco Kerajaan Tempatan dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow berkata, selain faktor hujan lebat berterusan, pertembungan air pasang dengan hujan lebat pada jam 2.30 pagi tadi juga menyumbang kepada kenaikkan paras air di beberapa batang sungai.

Menurutnya, banjir kilat yang dilaporkan tidak mencecah paras bahaya dan tiada pusat pemindahan sementara dibuka setakat ini.

Tambahnya, kedalaman banjir setakat ini diantara lingkungan 0.1 hingga 0.9 meter.

Antara kawasan di daerah Timur Laut yang dinaiki air adalah Jalan P Ramlee, Kampung Makam, Kampung Hashim Yahya dan Jalan Anson manakala di Seberang Perai Tengah (SPT), Permatang Rawa, Machang Bubok dan Kampung Dock.

Sementara di Seberang Perai Selatan (SPS), 15 rumah dinaiki air di Kampung Sethu, Kampung Pengkalan dan Kampung Titi Hitam.

Di Barat Daya pula, beberapa kampung dinaiki air antaranya Kampung Sulup, Kampung Paya dan Kampung Nelayan.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment