Pengurus bola sepak ditahan SPRM

Saturday, January 6, 2018

Pengurus bola sepak ditahan SPRM

Pengurus bola sepak ditahan SPRM

SEREMBAN: Selepas jurulatih sebuah kelab bola sepak amatur ditahan kerana mengatur perlawanan semalam, hari ini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pengurus pasukan kerana terbabit dalam kes sama.

Sumber berkata, suspek berusia 37 tahun ditahan ketika hadir ke pejabat SPRM Negeri Sembilan untuk memberi keterangan jam 3.25 petang tadi.

Katanya, siasatan mendapati suspek dipercayai memberi sejumlah wang kepada jurulatih pasukan lawan itu untuk memastikan pasukan dikendalikannya menang dalam perlawanan Liga Bola Sepak Rakyat (LBR) pada November tahun lalu. 

"Pengurus pasukan berkenaan didapati bersubahat dengan jurulatih kelab yang dihadapinya untuk mengatur perlawanan itu supaya memihak kepada pasukannya.

"Dalam perlawanan berkenaan, pasukannya menang dengan jumlah jaringan besar sehingga menimbulkan rasa curiga beberapa pihak yang kemudian membuat laporan polis sebelum kes disiasat SPRM," katanya di sini, hari ini.

Semalam, BH melaporkan seorang jurulatih berusia 40 tahun disiasat SPRM kerana dipercayai memberi sejumlah wang antara RM80 hingga RM100 kepada semua pemain serta pegawai pasukan kendaliannya supaya mereka tewas dalam perlawanan berkenaan.

Sementara itu, Pengarah Kanan Jabatan Siasatan SPRM, Datuk Simi Abdul Ghani, ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek dan dia dijangka direman esok.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment