Pemuda bunuh bapa sendiri ditahan

Tuesday, January 2, 2018

Pemuda bunuh bapa sendiri ditahan

Pemuda bunuh bapa sendiri ditahan

BELAGA - Polis menahan seorang  pemuda berusia 26 tahun  pada jam 11 pagi semalam selepas dia disyaki membunuh bapanya sendiri di sebuah rumah panjang di Long Pawah, dua jam perjalanan dengan kenderaan dari pekan Belaga.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, suspek yang berada di bawah pengaruh alkohol bertindak mengelar leher bapanya yang berumur 61 tahun, di rumah mereka dengan menggunakan sebilah parang.

Sebelum itu, suspek berselisih faham dan bergaduh dengan beberapa penduduk rumah panjang terbabit selepas satu majlis keraian sambutan tahun baharu namun dileraikan oleh ketua rumah panjang itu.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Negeri Sarawak Senior Asisten Komisioner Datuk Dev Kumar, suspek melarikan diri selepas membunuh bapanya dan ketua rumah panjang itu kemudian membuat laporan polis di IPD Belaga.

“Setelah dimaklumkan mengenai kejadian, satu pasukan JSJ diketuai Inspektor Miki Mohan Singh terus bergerak ke tempat kejadian yang mengambil masa dua jam perjalanan dari IPD Belaga.

“Pada  lebih kurang jam 11 pagi, pasukan JSJ ini telah menangkap suspek di rumah panjang itu dan sebilah parang yang dipercayai digunakan oleh suspek untuk membunuh bapanya telah dijumpai di bawah singki dapur,” kata Dev dalam satu kenyataan hari sini.

Mayat dibawa ke Hospital Bintulu manakala suspek direman selama tujuh hari bermula hari bagi siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment