Pelajar MRSM mati lemas
MUAR: Seorang pelajar lelaki Tingkatan Empat Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Bakri, Muar, mati lemas akibat terjatuh ke dalam kolam renang sekolah berkenaan, petang semalam.
Mangsa, Lukman al-Hakim Mohamad Hairil, 16 tahun, yang berasal dari Saleng, Johor, disahkan meninggal dunia kira-kira jam 4.30 pagi tadi di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF).
Ketua Polis Daerah Muar, ACP Zaharudin Rasip berkata kejadian itu berlaku sekitar jam 5 petang semalam.
Bagaimanapun, mangsa terjatuh ke dalam kolam renang sedalam kira-kira 2.7 meter itu sebelum rakan serta pengawal keselamatan menyelamatkan mangsa.
Mangsa kemudian dikejarkan ke HPSF untuk rawatan namun disahkan meninggal dunia pagi tadi.
sumber: astroawani

Katanya, insiden berlaku ketika mangsa yang sedang bermain bola tampar bersama beberapa pelajar lain bertindak ingin mengambil bola yang terjatuh ke dalam kolam renang berdekatan.
Bagaimanapun, mangsa terjatuh ke dalam kolam renang sedalam kira-kira 2.7 meter itu sebelum rakan serta pengawal keselamatan menyelamatkan mangsa.
Mangsa kemudian dikejarkan ke HPSF untuk rawatan namun disahkan meninggal dunia pagi tadi.
sumber: astroawani
0 comments:
Post a Comment