Operasi pencarian mangsa lemas diperluaskan

Saturday, January 6, 2018

Operasi pencarian mangsa lemas diperluaskan

Operasi pencarian mangsa lemas diperluaskan

KOTA BHARU - Operasi pencarian mangsa lemas di Sungai Kelantan, Kampung Pak Limah yang masuk hari keempat diperluaskan lebih 20 kilometer di kawasan sungai dan dua batu nautika di laut bagi mengesan pelajar tahun enam itu.

Kedua Zon Kota Bharu, Penguasa Bomba Kanan II, Syobirin Abd Kadir, berkata,  operasi diperluaskan setelah mendapat makluman dari pemancing malam tadi yang menemui objek terapung yang dipercayai mayat manusia.

"Selepas menerima maklumat itu kita terus ke lokasi kejadian pada jam 8 malam namun menghadapi kesukaran kerana bot bomba tidak dapat melalui kawasan berkenaan yang mempunyai benteng.

"Arus juga agak deras dan kita terpaksa memperluaskan kawasan operasi untuk mengesan mangsa yang hilang, " katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, setakat ini unit anjing pengesan K9 bersama dua ekor anjing turut digunakan bersama enam bot pelbagai agensi termasuk bot amfibia bomba.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Ibrahim Sharif berkata, pihaknya turut melalukan siasatan selepas menerima laporan penemuan mayat oleh pemancing di Tendong malam semalam.

"Kita teruskan operasi sejak pagi sekitar jam 10 pagi sehingga petang dalam usaha mengesan mangsa," katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment