Pelajar maut terjatuh kolam renang sekolah
JOHOR BAHRU - Seorang pelajar lelaki tingkatan empat Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Bakri, Muar dekat sini dilapor meninggal dunia awal pagi tadi selepas terjatuh ke dalam kolam renang sekolahnya dalam kejadian petang, semalam.
Mangsa, Lukman Al-Hakim Mohamad Hairil, 16, yang berasal dari Saleng, Kulai disahkan meninggal dunia kira-kira jam 4.30 pagi, tadi.
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip berkata, kejadian berlaku pada kira-kira jam 5 petang, semalam ketika mangsa dan rakan-rakannya sedang bermain bola tampar.
"Ketika kejadian mangsa sedang bermain bola tampar bersama rakan sekolahnya dan mahu mengambil bola yang terjatuh ke dalam kolam renang berdekatan.
"Bagaimanapun, mangsa tiba-tiba terjatuh ke dalam kolam renang sedalam kira-kira 2.7 meter itu sebelum rakan serta pengawal keselamatan menyelamatkan mangsa," katanya.
Katanya, mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), Muar untuk rawatan namun disahkan meninggal dunia jam 4.30 pagi tadi.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment