Pas hilang sokongan pengundi bukan Melayu: Nik Nazmi
SHAH ALAM - Perjuangan dan hala tuju Pas yang tidak jelas, memungkinkan parti itu kehilangan lebih banyak pengundi bukan Melayu pada PRU14 akan datang.
Ketua Pemuda Harapan, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, rakyat mahukan matlamat yang jelas dalam perjuangan Pas, sama ada kekalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak atau tidak.
"Kita jangka pengundi Pas akan merosot di kawasan Pas sendiri. Sebahagian daripada mereka mungkin kekal sebagai ahli Pas, tetapi tidak bermakna mereka akan mengundi parti itu pada pilihan raya nanti.
"Pada masa sama mereka, tidak mungkin mereka akan undi Umno kerana ahli Pas di peringkat akar umbi juga mahu Kerajaan BN dan Umno di tukar," katanya ketika sesi temubual khas bersama Sinar Harian.
Katanya, Pas menang banyak undi daripada bukan Melayu pada PRU13, tetapi percaturannya berbeza kali ini.
"Pilihan raya lepas, kaum India dan perempuan cina yang berpakaian seksi pun kibar bendera Pas. Mereka dapat banyak sokongan daripada kaum lain dan menang banyak kerusi kerana undi kaum bukan melayu." katanya.
Kata Nazmi, jika DAP mendapat sebanyak 80 peratus undi kaum Cina, Pas mungkin mendapat 70 peratus sahaja. Pas tidak akan mendapat sokongan yang sama seperti DAP kerana akan ada pengundi yang takut mengundi Pas.
"Undi pengundi Melayu juga dijangka merosot. Hanya 40 hingga 50 peratus mungkin mengundi Pas di dalam satu kawasan. Kaum India pula hanya 50 hingga 60 peratus akan beri sokongan kepada Pas.
"Ini bermakna Pas akan kehilangan pengundi kepada Umno atau Pakatan Harapan (Harapan) di dalam kawasan mereka sendiri. Pas akan bermasalah pada PRU14 nanti," katanya.
Sementara itu, mengulas mengenai huhungan Pas dengan Kerajaan Negeri, menurut Nazmi, mereka sangat profesional. Mengetepikan perbezaan politik dan fokus kepada soal kenegerian.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment