Padah langgar syarat lesen

Friday, January 5, 2018

Padah langgar syarat lesen

Padah langgar syarat lesen

ALOR SETAR - Sebuah bot nelayan ditahan selepas didapati dalam keadaan mencurigakan pada jarak 3.0 batu nautika Barat Kuala Kedah, di sini, semalam.

Pengarah Maritim Pangkalan Kuala Kedah, Leftenan Komander Maritim Ahmad Kamal Mohd Noor berkata, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Pangkalan Maritim Kuala Kedah mengesan sebuah bot kira-kira jam 3.05 pagi.

Menurutnya, dalam tempoh 15 minit kemudian, pihaknya menahan bot nelayan kelas A jenis bot tangguk siput pada jam 3.20 pagi kerana melanggar syarat lesen.

“Berdasarkan pemeriksaan, kita mendapati bot nelayan kelas A jenis bot tangguk siput itu melakukan dua kesalahan.

"Bot nelayan itu didapati melanggar syarat lesen apabila beroperasi di luar waktu yang ditetapkan berikutan Jabatan Perikanan hanya membenarkan bot nelayan beroperasi dari jam 6 pagi hingga 6 petang," katanya.

Malah katanya, kita mengesan bot nelayan turut melakukan kesalahan lain, iaitu tidak mengusahakan sendiri bot tersebut.

“Kedua kesalahan tersebut disiasat mengikut Akta Perikanan 1985. Manakala, tiga warga tempatan berusia antara 27 hingga 45 tahun bekerja atas bot turut ditahan,” katanya.

Bagaimanapun katanya, pihaknya tidak menemui hasil laut di atas bot dipercayai kerana ia baru hendak memulakan aktiviti sebelum ditahan bot Maritim ketika rondaan.

Beliau berkata, bot nelayan kelas A terbabit dibawa ke jeti Pangkalan Maritim Kuala Kedah untuk siasatan dan pendakwaan.

Dalam perkembangan lain, katanya, orang awam diharap memberi kerjasama dalam melaporkan sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang maritim di perairan negara ini segera.

Sebarang aduan dan kecemasan di laut boleh dilaporkan di talian 24 jam MERS 999 dan Pusat Operasi Maritim Pangkalan Kuala Kedah di talian 04-7310579.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment