Diharap BN jadi satu parti berbilang kaum menjelang 2050 - Mah
KUALA LUMPUR: Semua parti komponen Barisan Nasional diharap dapat bergabung menjadi satu parti berbilang kaum menjelang tahun 2050.
Ini harapan yang dilahirkan Presiden Gerakan Datuk Seri Mah Siew Keong apabila ditanya tentang soal penggabungan parti yang diterajuinya dan MCA.
"Itulah harapan jangka masa panjang. Namun, mungkin ini bukan masanya," kata Siew Keong.
Pandangan beliau mengenai semangat perpaduan dikongsi Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai.
"Walaupun berlainan parti, semua pimpinan komited bagi memastikan masa depan negara dan rakyat, tanpa mengira kaum terus cerah," kata Tiong Lai.
Mereka berkata demikian pada sidang media selepas Perhimpunan Teguh Bersama di Ibu Pejabat MCA di Kuala Lumpur pada Sabtu.
sumber: astroawani

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa semangat perpaduan masih dipegang teguh oleh semua parti komponen BN.
Pandangan beliau mengenai semangat perpaduan dikongsi Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai.
"Walaupun berlainan parti, semua pimpinan komited bagi memastikan masa depan negara dan rakyat, tanpa mengira kaum terus cerah," kata Tiong Lai.
Mereka berkata demikian pada sidang media selepas Perhimpunan Teguh Bersama di Ibu Pejabat MCA di Kuala Lumpur pada Sabtu.
sumber: astroawani
0 comments:
Post a Comment