Messi boleh tinggalkan Barca jika Catalonia merdeka
BARCELONA: Lionel Messi diberi jaminan bakal menjadi ejen bebas jika Barcelona tidak lagi beraksi di La Liga berikutan keputusan kemerdekaan Catalan, lapor media Sepanyol hari ini.
Menurut laporan itu lagi, kontrak yang ditandangani Messi pada November tahun lalu mempunyai klausa yang menyatakan dia perlu kekal sebagai pemain Barcelona selagi kelab berkenaan beraksi di liga utama Eropah.
Sumber di Barcelona mendedahkan kepada AFP, atas faktor kerahsiaan, kelab itu tidak pernah memberi penjelasan mengenai hubungan kontrak dengan pemainnya.
Catalonia mengisytiharkan merdeka daripada Sepanyol selepas referendum pada 1 Oktober yang setakat ini masih belum dapat diselesaikan.
Namun, pihak berkuasa sivil dan bola sepak Sepanyol berulang kali menegaskan, pemisahan Catalan akan menamatkan penyertaan kelab di rantau itu dalam kancah La Liga Sepanyol.
Sekiranya Catalonia menjadi sebuah negara merdeka dan Barcelona diketepikan dari La Liga serta gagal menyertai liga Eropah lain di Perancis, Itali, Jerman atau England, Messi boleh meninggalkan kelab itu tanpa perlu membayar jumlah pampasan sebanyak RM700 juta euro (RM3.3 bilion). - AFP
sumber: bharian
0 comments:
Post a Comment