MCA, Gerakan berganding bahu nyatakan sokongan BN

Monday, January 1, 2018

MCA, Gerakan berganding bahu nyatakan sokongan BN

MCA, Gerakan berganding bahu nyatakan sokongan BN

KUALA LUMPUR - Dua parti komponen BN, MCA dan Gerakan akan mengadakan 'Perhimpunan MCA-Gerakan Teguh Bersama' bagi mengukuhkan kerjasama erat mereka dalam pakatan tersebut.

Setiausaha Agung Gerakan, Datuk Liang Teck Meng berkata, perhimpunan itu diadakan bertujuan menunjukkan isyarat partinya dan MCA dalam keadaan siap siaga untuk berjuang dalam PRU14.

"Perhimpunan ini akan diadakan pada Sabtu ini, 6 Januari di Dewan San Choon, Wisma MCA.

"Kita telah menjemput kepimpinan parti, dari peringkat pusat sehingga bahagian untuk menghadiri perhimpunan berkenaan, dengan jangkaan kira-kira 1,800 ahli kedua-dua parti yang akan hadir," katanya dalam satu sidang media bersama dengan Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Ong Ka Chuan di Wisma MCA, di sini, hari ini.

Menurutnya, Gerakan dan MCA menerima banyak permintaan daripada ahlinya untuk menghadiri perhimpuan itu, namun terpaksa mengehadkan jemputan peserta kerana ruangan terhad Wisma MCA untuk menampung lebih banyak peserta dalam satu-satu masa.

Perhimpunan itu akan menjadi gerakan pertama untuk dua parti itu saling bekerjasama bagi menarik sokongan pelbagai kaum untuk menyokong BN.

"Bagaimanapun, kami juga akan bekerjasama dengan parti komponen lain dalam BN, dari segi gerak kerja kempen PRU14.

"Kami nak beritahu rakyat Malaysia apa yang telah kami lakukan sepanjang pemerintahan BN di negara ini, dan bukannya seperti parti lain yang banyak bercakap dan berbohong sahaja," tegasnya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment