Mayat pesara tentera lemas ditemui
Gambar Ihsan bomba - melalui sistem
BANDAR ENSTEK: Mayat seorang pesara tentera yang lemas ketika menjerat itik di sebuah kolam tadahan air di sini petang semalam, ditemui pagi tadi.
Mayat Samsudin Mat Jenin, 50, ditemui jam 11.21 pagi di dasar kolam, kira-kira 25 meter dari lokasi mangsa tenggelam.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Zon Seremban, Rashid Ismail, berkata operasi mencari dan menyelamat disambung semula jam 8 pagi ini selepas ditangguhkan tengah malam tadi.
"Seramai sembilan anggota termasuk dari Balai Bomba dan Penyelamat Nilai serta Unit Skuba terbabit dalam operasi berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di sini untuk bedah siasat.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang semalam, mangsa yang ke kawasan itu bersama rakannya, tenggelam selepas mengambil itik yang terkena jerat di tengah kolam berkenaan.
sumber: bharian
0 comments:
Post a Comment