'Pemimpin lelaki tolonglah...'

Friday, January 5, 2018

'Pemimpin lelaki tolonglah...'

'Pemimpin lelaki tolonglah...'

KAJANG - Pemimpin lelaki daripada Pakatan Harapan (Harapan) diingatkan agar tidak mensia-siakan perjuangan kelompok Wanita Harapan.

Timbalan Ketua Wanita Harapan, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, golongan wanita merupakan tulang belakang dalam perjuangan Harapan yang tidak boleh disia-siakan pengorbanan mereka.

"Pemimpin lelaki tolonglah jangan sia- siakan usaha Wanita Pakatan Harapan.

"Mereka banyak berkorban tanpa elaun, bekerja tanpa kira masa dan tanpa berkira," katanya pada majlis Pelancaran Wanita Pakatan Harapan, di sini hari ini.

Dalam pada itu mengulas mengenai pelancaran Wanita Harapan, Mariah berkata, ia merupakan satu detik bersejarah.

"Pelancaran ini merupakan satu sejarah, jadi mari kita buktikan sebagai Wanita Pakatan Harapan bersatu hati, tidak lagi ditonjolkan sebagai parti berlainan," katanya.


 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment