Nicol, 34, menjadikan pemain muda Mesir, Mayar Hany sebagai mangsa permulaannya apabila hanya mengambil masa 17 minit sahaja untuk menang tiga set terus 11-4, 11-3, 11-3.
Kemenangan itu membolehkannya mara ke pusingan kedua dan akan bertemu pemain pilihan ke-10, Joshna Chinappa dari India esok. Chinappa sebelum itu mara selepas menewaskan pemain Kanada, Samantha Cornett 11-9, 6-11, 13-11, 9-11, 11-5 dalam masa 49 minit. "Alangkah bagus jika bendera Malaysia berkibar pada acara berprestij di Arab Saudi ini selain mempunyai penyokong di sini. Mayar adalah antara pemain muda dari Mesir. "Saya hanya tumpukan pada permainan dan menghalangnya daripada melakukan aksi terbaiknya. Ini adalah peristiwa penting bagi Arab Saudi dan sukan wanita secara umum," katanya dalam laman web kejohanan itu.
Sementara itu, tiada kejutan berlaku dalam saingan pusingan pertama ini apabila kesemua pemain pilihan utama turut mara termasuk pilihan pertama kejohanan, Nour El-Sherbini dari Mesir dan pilihan kedua, Camille Serme dari Perancis.
habis.......///////
sumber: utusan
0 comments:
Post a Comment