Kamal Faizul dilantik pemangku Ketua JPKK Johor

Monday, August 20, 2018

Kamal Faizul dilantik pemangku Ketua JPKK Johor

Kamal Faizul dilantik pemangku Ketua JPKK Johor

JOHOR BAHRU â€" Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Operasi Johor, Asisten Komisioner Kamal Faizul Mohd. Zain, 55, dilantik sebagai pemangku Ketua JPJKK negeri yang baharu, berkuat kuasa hari ini.

Beliau memangku jawatan itu bagi mengantikan Senior Asisten Yahaya Ramli yang akan bersara wajib pada 25 Ogos ini.

Majlis serah terima tugas tersebut  diadakan di hadapan Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Mohd Kamarudin Md. Din di Dewan Auditorium, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor hari ini.

Dalam ucapannya, Yahaya yang telah berkhidmat selama 41 tahun dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) termasuk dua tahun di IPK Johor berharap semua pegawai dan anggota kontinjen meneruskan semangat setiakawan dan kerjasama dalam memartabatkan PDRM sebagai penguat kuasa undang-undang.

“Saya juga berharap komitmen yang sama diteruskan oleh pengganti saya. Sebagai anggota dan pegawai, sentiasalah bertugas dengan baik dan amanah dalam menjalankan tanggungjawab terutama dalam zaman teknologi ini kerana pelbagai perkara boleh berlaku dan setiap gerak geri kita diperhatikan oleh orang ramai,” katanya. - Bernama



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment